Seo Services

Peragut Tumpas Ditangan Penjaja Pasar Petanak


KUCHING: Jeritan seorang wanita ketika cuba diragut menarik perhatian para penjaja di Pasar Petanak sehingga menjurus kepada penangkapan suspek, awal pagi semalam.

Mangsa yang juga merupakan seorang penjaja, berhadapan dengan detik mencemaskan itu sekitar jam 4 pagi ketika hendak keluar dari kereta apabila seorang lelaki menghampirinya dan cuba merampas beg tangannya.

Bagaimanapun, cubaan lelaki itu untuk menarik beg tangan mangsa tidak berjaya apabila mangsa menjerit sekuat hati sehingga beberapa orang awam termasuk penjaja berhampiran terus mengejar suspek manakala rakan suspek berjaya melarikan diri.

Difahamkan, gerak-geri mencurigakan dua lelaki bermotosikal yang meronda-ronda beberapa kali di kawasan itu sebelum insiden berkenaan berlaku telah diperhatikan oleh penjaja-penjaja berkenaan.

Suspek kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan laporan mengenai insiden itu telah dibuat.-UB
Peragut Tumpas Ditangan Penjaja Pasar Petanak Peragut Tumpas Ditangan Penjaja Pasar Petanak Reviewed by Unknown on October 26, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.