Seo Services

Ayu Raudhah Mohon Jangan Pertikai Kakaknya Hidup Mewah


SEBAGAI adik, pastinya Ayu Raudhah turut terkesan dengan kisah-kisah kontroversi yang melibatkan kakaknya, Rozita Che Wan.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta kini sering dikaitkan dengan kemewahan hidup malah ada yang mengata, pelakon cantik itu seolah-olah mahu menunjuk-nunjuk kesenangan dimilikinya.

Mengakui berasa kasihan dengan kakaknya, Ayu melampiaskan rasa terkilan dengan isu itu menerusi sebuah portal, baru-baru ini.

“Saya kasihan tengok dia yang sering dikritik. Bagi saya, kemewahan yang dimilikinya sekarang hasil usaha dia yang tidak pernah tahu erti penat. Apa-apa pun saya tumpang gembira dengan kehidupannya dan keluarga yang sudah ke tahap itu (mewah).

“Saya dan adik-beradik lain juga mahu mengikut jejaknya menjadi ahli perniagaan berjaya,” katanya.

Ayu yang kini mengurangkan penglibatannya dalam bidang seni demi memberi keutamaan kepada keluarga baru sahaja memenangi trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem menerusi lakonan cemerlangnya dalam filem Lagenda Budak Setan 3 dalam Anugerah Skrin 2015 yang berlangsung Ahad lalu. – MYNEWSHUB.CC
Ayu Raudhah Mohon Jangan Pertikai Kakaknya Hidup Mewah Ayu Raudhah Mohon Jangan Pertikai Kakaknya Hidup Mewah Reviewed by uMieySurianie on November 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.