Seo Services

Ibu pelakon dilepas tanpa dibebas beri keterangan palsu

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas tanpa membebaskan ibu pelakon Ummi Nazeera daripada pertuduhan memberi keterangan palsu ketika menjadi saksi pendakwaan kedua di Mahkamah Sesyen, dua tahun lepas.

Majistret Saifulakmal Said membuat keputusan itu terhadap Datuk Maziah Musa, 51, seorang ahli perniagaan, selepas peguam Hanif Abdul Rahman mewakili tertuduh memaklumkan bahawa representasi yang dikemukakan pembelaan berhubung pertuduhan itu diterima pihak pendakwaan.

"Peguam membuat representasi supaya pertuduhan terhadap anak guamnya ditarik balik dan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan itu, tetapi mahkamah hari ini membuat keputusan untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh," katanya.

Mahkamah juga memerintahkan supaya wang jaminan RM2,500 dikembalikan kepada penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhd Faizal. - Bernama
Ibu pelakon dilepas tanpa dibebas beri keterangan palsu Ibu pelakon dilepas tanpa dibebas beri keterangan palsu Reviewed by Admin on November 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.