Seo Services

Bayern Aibkan Arsenal 5-1


PARIS: Hasrat Arsenal untuk melayakkan diri pada saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah terus terumbang-ambing selepas dimalukan oleh Bayern Munich 5-1, awal pagi tadi. 

Sebelum ini rekod tanpa kalah Bayern musim ini dicalarkan oleh Arsenal 2-1 dua minggu lalu namun skuad Pep Guardiola bangkit untuk membalas dendam dengan kemenangan besar di Allianz Arena.

Robert Lewandowski memberikan gol pendahuluan Bayern menerusi tandukan pada aksi 10 minit permainan. 

Thomas Mueller menambah gol kedua pada minit ke-30 menerusi sepakan kencang yang melantun kepada Per Mertesacker dengan penjaga gol Petr Cech gagal menepis. 

Kemudian giliran David Alaba meledak sebelum tamat masa pertama manakala pemain gantian, Arjen Robben untuk gol keempat. 

Olivier Giroud memperoleh gol sagu hati untuk The Gunners namun Mueller sekali lagi merembat masuk beberapa minit sebelum tamat permainan untuk gol kelima Bayern. 

Ia adalah kekalahan terbesar The Gunners di peringkat Eropah yang sebelum ini tewas 4-0 kepada AC Milan pada musim 2011/12. - AFP

Bayern Aibkan Arsenal 5-1 Bayern Aibkan Arsenal 5-1 Reviewed by Unknown on November 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.