VERSAILLES, Perancis: Penyerang Real Madrid, Karim Benzema yang didakwa atas kes peras ugut membabitkan pita seks membabitkan rakan sepasukannya di Perancis, Mathieu Valbuena diketepikan daripada skuad kebangsaan negara itu.
Valbuena yang beraksi bersama kelab Lyon, turut disingkirkan daripada skuad kebangsaan bagi perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu Jerman dan England yang dijadualkan, minggu depan.
Beberapa jam selepas Benzema didakwa, jurulatih Perancis, Didier Deschamps berkata dia tidak menyenaraikan kedua-dua pemain terbabit dalam skuadnya pada dua aksi yang dijadualkan pada 13 dan 17 November ini.
Deschamps berkata, Benzema ketika ini sedang mengalami kecederaan namun menegaskan penyingkiran Valbuena disebabkan pemain itu tidak berada pada keadaan 'psikologi' yang baik.
Jurulatih itu begitupun enggan mengulas lanjut mengenai kes terbabit. "Apa yang terbaik adalah biarkan pihak pengadilan melakukan kerja mereka dan mengikut keputusan yang dibuat," kata Deschamps.
Sumber daripada siasatan berkata Benzema mengaku mendekati Valbuena mengenai pita seks terbabit "bagi pihak rakannya ketika kecil" yang dikatakan didatangi salah seorang daripada pemeras ugut terbabit.
Peguam kepada Benzema berkata pemain itu sebagai tidak bersalah dan "tidak mengaku kepada sebarang perkara."
Penyerang berusia 27 tahun itu dituduh bersubahat dengan pemeras ugut terbabit dan berkomplot untuk melakukan perbuatan jenayah, kata pejabat pendakwa di Versailles.
Andai didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sekurang-kurangnya selama lima tahun. - AFP
Benzema Diketepi Gara-gara Pita Seks
Reviewed by uMieySurianie
on
November 06, 2015
Rating:
No comments: