Seo Services

Jackie Chan Nyaris Mati Dalam Filem Hollywood Terbarunya 'Skiptrace'


Jackie Chan sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan dan sedia kita maklum dia sering melakukan aksi ngeri yang membahayakan dalam setiap filem lakonannya.

Meskipun umur sudah mencecah 61 tahun, tapi masih kelihatan sihat dan bertenaga. Jackie sering beritahu media "ini adalah filem aksi saya yang terakhir", namun setiap tahun tetap menghasilkan juga filem aksi dan semuanya lagak ngeri dilakukan sendiri, jarang menggunakan 'stunt double' atau pengganti aksi ngeri.

Baru-baru ini, ketika penggambaran filem terbarunya berjudul 'Skiptrace', dalam satu babak di dalam air, Jackie hampir hilang nyawa.

Dalam satu temubual bersama media, Jackie Chan berkongsi pengalaman yang paling memberi kesan mendalam buat dirinya berhubung filem terbaru itu, sambil ketawa dia menceritakan antaranya adalah babak di lumpur membuatkan dia dan 150 pelakon tambahan merendam dalam lumpur selama satu hari.

Dalam kejadian itu dia tetap enggan menggunakan pelakon ganti dan sebarang kesan khas untuk lakonan babak tersebut, cara kerjanya yang cukup professional ini amat disanjungi oleh semua krew atau pekerja penggambaran yang terlibat.

Jackie Chan turut beritahu, ketika penggambaran di Kwang Si mengenai babak menghanyut di sebatang sungai yang dalamnya 15 meter, bawahnya dipenuhi batu-bata yang tidak rata, akibatnya tanpa disangka dia terjebak ke dalam pusaran air atau whirlpool.

Ketika itu, dia berpusing-pusing tanpa berhenti di dalam pusaran air tersebut, sementara itu, perahu telah pun bergerak meninggalkan dia.

Krew penggambaran menggambarkan keadaan ketika itu, " Kelihatan Jackie Chan amat terdesak sehingga seolah-olah sudah putus asa untuk menyelamatkan diri di dalam sungai.", akhirnya mujur Jackie selamat mengharungi saat yang cukup membahayakan itu.

Menurut Jackie, " Pada saat itu, betul-betul menakutkan dan rasa amat panik."

Sebenarnya 'Skiptrace' filem terbaru Jackie Chan ini telah pun pernah berlaku insiden dimana seorang jurukamera berpengalaman terjatuh ke laut dan mati ketika menjalankan penggambaran di Hong Kong,

Ketika itu, Jackie Chan yang juga berada di lokasi, segera terjun ke laut untuk menyelamatkan jurukamera tersebut, tapi sudah terlambat, apabila pasukan bomba tiba ke lokasi, jurukamera tersebut dikatakan telah meninggal dunia.

Setelah itu, Jackie Chan pula hampir hilang nyawa di Kwang Si sepertimana yang diceritakan di atas, maka penggambaran filem tersebut boleh dikatakan banyak dugaan.

Filem 'Skiptrace' dijangka ditayang pada tahun depan semasa Tahun Baharu Cina. - sumber
Jackie Chan Nyaris Mati Dalam Filem Hollywood Terbarunya 'Skiptrace' Jackie Chan Nyaris Mati Dalam Filem Hollywood Terbarunya 'Skiptrace' Reviewed by Unknown on November 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.