Seo Services

Bomba Jangka Gelombang Kedua Banjir Lumpur KL-Karak


BENTONG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) tidak menolak kemungkinan akan berlaku gelombang kedua banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Soiman Jahid, berkata masih terdapat takungan air di puncak bukit berhampiran lebuh raya terbabit.

"Sekiranya hujan lebat hari ini, limpahan akan berlaku dan menyebabkan banjir lumpur akan berulang membawa sekali pokok serta batu yang terdapat di lereng bukit ini.

"JBPM sudah berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan ANIH Berhad bagi mencari penyelesaian bagi membawa keluar batu serta pokok bagi mengurangkan risiko apabila berlaku banjir lumpur," katanya pada sidang media di sini tadi. - BH

Bomba Jangka Gelombang Kedua Banjir Lumpur KL-Karak Bomba Jangka Gelombang Kedua Banjir Lumpur KL-Karak Reviewed by uMieySurianie on November 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.