Seo Services

Jalan Lama KL-Bentong Ditutup Akibat Runtuhan Kecil

Foto: Aizuddin Saad

BENTONG: Jalan lama Kuala Lumpur-Bentong yang boleh dijadikan sebagai laluan alternatif ke arah Pantai Timur, ditutup berikutan terdapat beberapa runtuhan kecil di sepanjang laluan itu.

Difahamkan, pihak berkuasa mula menyedari keadaan di jalan itu awal pagi tadi sebelum menutup laluan itu bermula di hadapan Sekolah Menegah Kebangsaan Bukit Tinggi sehingga Bentong sejauh kira-kira 30 kilometer.

Kebanyakan kenderaan dari arah Kuala Lumpur cuba memilih menggunakan jalan itu bagi mengelakkan kesesakan di di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak akibat tanah runtuh di Kilometer 52.4 semalam, namun terpaksa berpatah balik.

Tinjauan BH di jalan itu mendapati beberapa runtuhan kecil serta pokok tumbang boleh merisikokan keselamatan pengguna dan keadaan berkemungkinan bertambah teruk sekiranya hujan turun pada petang ini. Bagaimanapun, sebahagian daripada runtuhan itu sudah dibersihkan. - BH

Jalan Lama KL-Bentong Ditutup Akibat Runtuhan Kecil Jalan Lama KL-Bentong Ditutup Akibat Runtuhan Kecil Reviewed by uMieySurianie on November 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.