KUANTAN: Seorang bomoh warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan merogol seorang gadis berumur 20 tahun pada Oktober lalu.
Mak'mur Johar, 58, dituduh melakukan kesalahan itu dua hari berturut-turut iaitu pada 26 Oktober di antara pukul 11 malam hingga pukul 12.20 pagi dan 27 Oktober lalu di antara pukul 12.15 pagi hingga pukul 1 pagi di sebuah rumah beralamat No 26, Lorong 32, Sungai Isap Perdana.
Mak'mur yang tinggal di Felda Jengka 5, Maran dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.
Hakim Siti Aminah Ghazali tidak meletakkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 14 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wahidah Zainal Abidin. -- BERNAMA
Bomoh Indonesia Tidak Mengaku Rogol Gadis
Reviewed by Unknown
on
November 06, 2015
Rating:
No comments: