Siapa yang tidak kenal dengan insan yang bernama Jahar di Kota Samarahan. Insan yang hidup merayau di Kota Samarahan dan sering meminta duit 50 sen daripada masyarakat setempat yang dijumpainya.
Namun sikap yang terdapat dalam diri Jahar ialah tidak pernah mengharap lebih daripada apa yang beliau minta.
Menurut seorang penduduk sekitar, Yusuf Noh 41, pernah suatu ketika Jahar meminta duit daripada beliau sebanyak 50 sen tetapi pada waktu itu beliau memang tidak mempunyai siling untuk diberikan.
Beliau pun mengambil duit RM50 kepada Jahar, namun Jahar menolak pemberian itu sambil berkata, " Aku cuma mahu 50 sen, dan jika aku ambil RM50 apa lagi duit yang kamu guna,". Walaupun nampak kurang waras tetapi Jahar mempunyai pertimbangan tersendiri terhadap setiap pemberian yang diberikan.
Yusuf yang mengenali Jahar sejak kecil menceritakan tentang latar belakang Jahar, Menurutnya, Jahar sebenarnya seorang yang normal sejak dari kecil. Jahar juga seorang pelajar yang cerdik suatu ketika dahulu, malah mendapat keputusan yang baik dalam SPM.
“Namun selepas ibunya meninggal dunia sikap Jahar mula berubah, mungkin kerana terlalu sedih dengan kehilangan ibunya, Jahar seolah mengalami tekanan jiwa sehingga kehidupannya tidak terurus sehingga kini.” kata Yusuf
“Lagipun Jahar tidak pernah mendapat sebarang bantuan dari pihak berwajib.” tambahnya
Difahamkan insan seperti Jahar boleh dipulihkan jika dirawat dan ditempatkan di pusat pemulihan sewajarnya, di samping itu pihak berwajib dan masyarakat memain peranan utama dalam proses tersebut. Namun kepada siapakah Jahar nak mengadu?.- Sarawakiana
Jahar Hanya Mengharap 50 Sen
Reviewed by Admin
on
November 06, 2015
Rating:
No comments: