Seo Services

Cuti Polis Dibeku Sepenuhnya Jika Banjir Di Sarawak Kian Buruk


KUCHING: Permohonan cuti bagi anggota polis akan dibekukan sepenuhnya jika situasi banjir di negeri ini bertambah buruk.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Sri Muhammad Sabtu Osman setakat ini hanya 10 peratus anggotanya dibenarkan untuk bercuti.

Tetapi katanya, jika keadaan mendesak pihaknya akan membekukan sepenuhnya permohonan cuti anggota melainkan jika berlakunya kecemasan melibatkan ahli keluarga terdekat.

“Sebenarnya kita telah membuat persediaan sejak enam bulan yang lalu dengan bermesyuarat selain sokongan logistik seperti enjin, bot, jaket keselamatan dan apa yang penting ialah persiapan anggota.

“Sekarang ini kita berpandu kepada ramalan cuaca, jika situasi bertambah meruncing maka semua cuti akan kita bekukan bagi menghadapi banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Kereta Peronda (MPV) Proton Inspira Kontinjen Sarawak di Padang Kawad Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak di sini semalam.

-UB
Cuti Polis Dibeku Sepenuhnya Jika Banjir Di Sarawak Kian Buruk Cuti Polis Dibeku Sepenuhnya Jika Banjir Di Sarawak Kian Buruk Reviewed by Unknown on November 20, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.