Seo Services

Dismaland, Taman Tema Ala Disney Versi Mengerikan!


Jika Disneyland disanjung sebagai taman tema yang sangat indah, berwarna warni dan penuh fantasi, kini tiba pula sebuah taman tema sepertinya namun dalam versi mengerikan.

Ia dipanggil sebagai Dismaland bakal memaparkan pemandangan ngeri dan menakutkan. Kedatangan anda di sini bakal disambut dengan Istana Disneyland yang hangus terbakar.



Tidak terhenti setakat itu, antara pemandangan yang mengerikan termasuklah watak Cinderella yang mati tergantung di kereta labunya. Sengaja diwujudkan sedemikian agar 'provokasi' ini mampu menarik perhatian ramai pengunjung.

Adakah ia bersifat 'mesra kanak-kanak'? Rasanya ia tidak begitu sesuai untuk kanak-kanak, jika dibandingkan dengan Disneyland. Taman tema yang terletak di England ini bagaimanapun ditutup secara kekal bermula September lalu.

Meskipun dibuka secara sementara sahaja sebelum ini, Dismaland telah berjaya menarik 150,000 pengunjung dari seluruh dunia dan mengutip keuntungan sebanyak £20 juta bersamaan RM132 juta! - sumber



Dismaland, Taman Tema Ala Disney Versi Mengerikan! Dismaland, Taman Tema Ala Disney Versi Mengerikan! Reviewed by Unknown on November 12, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.