KUCHING: Dua sahabat dibelasah sekumpulan lelaki ketika sedang melepak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK), awal pagi semalam.
Difahamkan, mereka tiba-tiba didatangi kira-kira tujuh lelaki tidak dikenali yang kemudian terus membelasah mereka menggunakan objek keras sehingga kedua-dua mangsa yang berusia 25 tahun itu rebah di tempat kejadian.
“Kesemua suspek beredar selepas itu dan mangsa yang tercedera kemudian segera menghubungi rakan mereka untuk bantuan sebelum dikejarkan ke HUS untuk mendapatkan rawatan,” kata sumber.
Kedua-dua mangsa dilaporkan menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang selepas dirawat.
Sementara dalam kejadian berasingan, gara-gara dituduh menceroboh seorang lelaki hilang barang kemas serta telefon bimbit akibat dibelasah sekumpulan pekerja warga asing di sebuah tapak pembinaan di Muara Tuang, dekat sini, kelmarin.
Menurut sumber, mangsa, 43, semasa kejadian bersama anak saudaranya pergi ke tapak pembinaan tersebut untuk menangkap katak sekitar jam 12 tengah malam Jumaat lepas.
Difahamkan, sekumpulan pekerja dipercayai warga Bangladesh di tapak pembinaan tersebut tiba-tiba menyerang mangsa dan anak saudaranya kerana mengesyaki mereka menceroboh kawasan itu untuk mencuri barang.
“Mangsa dan anak saudaranya terus melarikan diri sebelum mangsa ditarik oleh pekerja asing tersebut dan membelasahnya sebelum menghubungi pihak polis.
“Mangsa yang cedera itu hanya menyedari rantai serta gelang emas termasuk tiga unit telefon bimbit miliknya hilang dalam kejadian tersebut,” kata sumber.
Selain itu, mangsa juga dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) oleh pihak polis untuk mendapatkan rawatan.
Siasatan lanjut pihak polis berhubung kejadian juga masih dijalankan.-UB
Dua Sahabat Diserang Ketika Melepak Di LTAK
Reviewed by Unknown
on
November 08, 2015
Rating:
No comments: