Seo Services

Harga Rokok Naik Mendadak


PETALING JAYA: Bermula hari ini, harga rokok meningkat sebanyak 40% dengan rokok popular seperti Dunhill, Kent, Benson & Hedges menjadi RM17.

Sementara harga bagi jenama Peter Stuyvesant dan Pall Mall menjadi RM15.50 dan RM17.50 bagi sekotak Lucky Strike Plain. Rokok jenama Shuang Xi pula meningkat kepada RM18.00.

Pengarah Urusan British American Tobacco (BAT) Malaysia Stefano Clini dalam satu kenyataan berkata bahawa kenaikan ini mengambil kira jumlah dibenarkan kenaikan cukai eksais itu serta kesannya terhadap GST dan tekanan kos inflasi.

“Pasaran tembakau yang sah di sisi undang-undang merosot sebanyak 10% pada September tahun ini berbanding September tahun lepas.

“Kenaikan melampau eksais rokok ini susulan daripada kelemahan ekonomi dan sentimen pengguna yang menyebabkan semakin banyak rokok seludup, di mana satu daripada 3 pek rokok diimport secara haram.

“Kami tidak boleh bayangkan kesan kenaikan harga lebih 40% ini terhadap industri,” kata Clini.

- FMT
Harga Rokok Naik Mendadak Harga Rokok Naik Mendadak Reviewed by Unknown on November 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.