Seo Services

PDRM Adakan Pengambilan Konstabel Lelaki Polis Di Beberapa Lokasi Bulan Ini


KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan eksesais pengambilan jawatan konstabel lelaki polis di beberapa lokasi seluruh negara bulan ini.

Di Sarawak, eksesais berkenaan akan diadakan dari 5 hingga 15 November (termasuk Sabtu dan Ahad kecuali Jumaat dan cuti umum) di Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa dan Batalian 12 PGA Sri Aman.

Pada tarikh 4 dan 5 November pula, eksesais akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu, IPD Bintulu (7 November), IPD Sarikei (11-12 November) dan IPD Miri (15-17 November).

Sehubungan itu, calon-calon yang telah mendaftar melalui portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh hadir ke lokasi pada tarikh yang ditetapkan untuk menjalani ujian fizikal dengan berpakaian sukan.

Calon-calon juga diingat membawa dokumen asal dan peralatan yang diperlukan semasa menjalani ujian tersebut serta berada di lokasi ujian fizikal pada jam 7.15 pagi.-UB



PDRM Adakan Pengambilan Konstabel Lelaki Polis Di Beberapa Lokasi Bulan Ini PDRM Adakan Pengambilan Konstabel Lelaki Polis Di Beberapa Lokasi Bulan Ini  Reviewed by Unknown on November 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.