Seo Services

Ibu Nekad Lapor Polis Anak Perempuan Ditindih Kanak-Kanak Lelaki


KUCHING: Seorang ibu nekad membuat laporan polis selepas terkejut melihat anak perempuannya yang baharu berusia enam tahun ditindih oleh seorang kanak-kanak lelaki di rumahnya di Jalan Semeba, kelmarin.

Menurut sumber, insiden berlaku Selasa lepas sekitar jam 10 pagi apabila wanita berkenaan berasa hairan selepas anaknya tidak menjawab panggilannya.

“Dia kemudian memeriksa ke dalam rumah dan terkejut apabila melihat seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang juga merupakan anak jirannya dan dikatakan tidak berpakaian, sedang menindih anaknya.

“Wanita terbabit kemudian terus menghalang perlakuan kanak-kanak lelaki tersebut,” kata sumber.

Risau sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, wanita terbabit kemudian terus membuat laporan polis berhubung kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan DSP Yap Fui Lee yang mengesahkan kejadian tersebut memberitahu kanak-kanak perempuan tersebut telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk pemeriksaan kesihatan.

“Mangsa sudah dirujuk ke HUS dan siasatan masih dijalankan,” kata Yap.-UB
Ibu Nekad Lapor Polis Anak Perempuan Ditindih Kanak-Kanak Lelaki Ibu Nekad Lapor Polis Anak Perempuan Ditindih Kanak-Kanak Lelaki Reviewed by Unknown on November 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.