Seo Services

Cemas Dirompak Tiga Lelaki Bertopeng



KUCHING: Seorang tukang masak bersama ibunya mengharungi detik cemas apabila rumah mereka di Jalan Tun Jugah di sini dimasuki perompak bertopeng dan bersenjatakan pisau pemotong daging, semalam.

Menurut sumber, lelaki berusia 29 tahun itu dikatakan terjaga dari tidur sekitar jam 1.30 pagi dan terkejut apabila melihat tiga lelaki bertopeng di dalam bilik tidurnya.

Ketiga-tiga suspek kemudian mengarahkan mangsa berdiam diri sebelum dia dibawa ke sebuah bilik bersama ibunya dan diikat pada tangan serta kaki menggunakan kabel komputer.

“Seorang daripada suspek yang memegang pisau pemotong daging kemudian mengarahkan mangsa menyerahkan wang kepada mereka sekiranya tidak mahu dicederakan.

“Suspek kemudian menggeledah rumah tersebut dan mengambil wang tunai RM4,000 dari dompet mangsa bersama seunit telefon bimbit dan terus melarikan diri,” kata sumber.

Mangsa berjaya melepaskan diri beberapa minit selepas itu dan terus menghubungi pihak polis untuk bantuan.

Pemeriksaan awal oleh mangsa mendapati suspek telah memasuki rumah mangsa melalui tingkap dapur yang telah dirosakkan.

Siasatan lanjut pihak polis masih dijalankan.-UB
Cemas Dirompak Tiga Lelaki Bertopeng Cemas Dirompak Tiga Lelaki Bertopeng Reviewed by Unknown on November 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.