Seo Services

DBKU Anjur Pasar Lambak Pada 28 Nov


KUCHING: Orang ramai dipelawa menyertai Pasar Lambak anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang akan bermula jam 8 pagi hingga 11 malam, di tempat letak kereta depan Bangunan Al-Idrus, Jalan Satok, di sini pada 28 November ini.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarkan semalam, sesiapa yang berminat berniaga boleh mendapatkan borang penyertaan di Bahagian Pelesenan, Tingkat 2, Bangunan Al-Idrus, Jalan Satok, di sini.

Orang ramai turut dinasihati agar membawa dua keping gambar berukuran pasport serta satu salinan kad pengenalan bagi melengkapkan borang penyertaan.

Bayaran dikenakan hanya RM15 bagi setiap petak berukuran 10 kaki x 10 kaki.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Pengurusan Pelesen, Bahagian Pelesenan DBKU di talian 082-234654/234657 (Sambungan 111). - UB

DBKU Anjur Pasar Lambak Pada 28 Nov DBKU Anjur Pasar Lambak Pada 28 Nov Reviewed by uMieySurianie on November 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.