KUCHING: Indeks jenayah di Kuching telah melalui tahun kelima dimana kadar jenayah telah menurun setiap tahun dan pada tahun ini kadar indeksnya menurun sebanyak 18.45 peratus dari tempoh 1 Januari hingga kini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Ketua Polis Daerah Kuching ACP Roslan Bek Ahmad memberitahu, perbandingan sejak lima tahun lalu statistik kadar indeks jenayah melalui penugasan drastik dan professional para anggota dan bantuan daripada masyarakat dalam membanteras jenayah telahpun berjaya mengurangkan kadar indeks jenayah setiap tahun.
“Sebanyak 1973 kes telah dilaporkan sepanjang tahun lalu manakala pada saat ini sebanyak 1609 kes dilaporkan, dan ini menunjukkan penurunan sebanyak 364 kes.
“Walaupun jumlah jenayah dilihat menurun, namun pihak polis tetap berusaha menangani walaupun mengalami kekangan dari segi logistik, keanggotaan dan ini tidak menghalang untuk mempamerkan prestasi cemerlang, ” katanya.
Beliau yang ditemui selepas majlis serah terima tugas diantara DSP Lim Bak Phai dan Supt. Ernest John bagi jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah (Operasi) Kuching disini petang tadi.
Pada masa yang sama juga katanya, polis akan berusaha meningkatkan kadar penyelesaian kes-kes jenayah yang berlaku dan dengan adanya jalinan persahabatan yang kukuh antara masyarakat melalui “Community Policing” membolehkan segala maklumat disalurkan dengan cepat dan pantas kepada pihak polis.
“Kami juga menyeru supaya masyarakat dan juga rukun tertangga merekrut lebih ramai masyarakat supaya mereka bertindak lebih aktif dalam operasi pencegahan jenayah kami atau melibatkan diri dengan program-program bagi mendekati orang ramai yang banyak membantu kami dengan memberi maklumat,” ujar Roslan.-Sarawakiana
Indeks Jenayah Di Kuching Menurun Sebanyak 18.45 Peratus
Reviewed by Unknown
on
November 16, 2015
Rating:
No comments: