Seo Services

Ernest John Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Baharu


KUCHING: Majlis serah terima tugas diantara DSP Lim Bak Phai yang memangku jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis (Operasi) Daerah Kuching kini diambil alih oleh Supritenden Ernest John sebagai TKPD Kuching (Operasi) Baharu.

Beliau yang berasal dari Kuching Sarawak sebelum ini bertugas di Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kedah.

Ernest melapor diri sebagai Timbalan Ketua Polis (Operasi) Daerah Kuching yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Majlis serah terima tugas disaksikan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Kuching ACP Roslan Bek Ahmad di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching disini petang tadi.

Turut hadir ketua-ketua bahagian, ketua-ketua cawangan dan ketua-ketua polis balai dibawah seliaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.- Sarawakiana
Ernest John Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Baharu Ernest John Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching Baharu Reviewed by Unknown on November 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.