KUALA LUMPUR : Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nancy Shukri pagi tadi menemui Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Malaysia, Vanu Gopala Menon bagi menyerahkan surat permohonan rayuan daripada Kerajaan Negeri Sarawak kepada Kerajaan Singapura bagi meringankan hukuman ke atas seorang warga Sarawak, Jabing Kho yang telah disabitkan atas kesalahan membunuh seorang warga China pada 2008.
Nancy yang mewakili Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Hj Adenan Satem dan Kerajaan Negeri Sarawak tiba di pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura ke Malaysia di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur kira-kira jam 9.55 pagi.
Beliau disertai beberapa Ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Sarawak dan pegawai dari pejabat kementerian.
Menurut Nancy, permohonan tersebut bukan bermakna Kerajaan Negeri merestui kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Jabing, tetapi permohonan hukuman ringan tersebut dibuat atas dasar kemanusiaan.
Jabing, 31, didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati pada 2010, bagaimanapun pada 2014 Mahkamah Tinggi Singapura telah mengkaji semula kes serta menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 24 sebatan.
Namun Pihak pendakwa raya telah merayu semula terhadap hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan yang memutuskan untuk mengekalkan hukuman mati ke atas Jabing.
Sementara itu Mahkamah Rayuan Singapura memberi tempoh kepada pasukan peguam bela sehingga 23 November bagi mengemukakan Usul Krisis untuk kes tersebut disebut semula. - Sarawakiana
Nancy Serah Surat Rayuan Kepada Kerajaan Singapura
Reviewed by Admin
on
November 16, 2015
Rating:
No comments: