Seo Services

Intan Ruhida buskers cilik dalam Intan Buskers

KUCHING : Pengunjung yang sering mengunjungi Tebingan Kuching dan Kubah Ria pasti mengenali Kumpulan Buskers yang bernama Intan Buskers (Satok Buskers).

Intan Buskers telah ditubuhkan 4 tahun yang lalu dan sejak itu sering membuat persembahan di Tebingan Kuching dan Kubah Ria Satok. Intan Buskers ialah kumpulan muzik yang ahlinya terdiri daripada bapa dan anak-anak.

Yang menariknya setiap kali membuat persembahan di Tebingan Kuching atau dimana-mana tempat di Kuching, pengunjung pasti terpegun melihat dan mendengar suara Intan Ruhida yang baru berusia 9 tahun begitu berbakat bermain gitar sambil menyanyi.

Menurut bapa, Mohammad Bakri merangkap Ketua Kumpulan memberitahu bahawa bakat Intan telah diketengahkan kepada umum apabila Intan berumur 6 tahun yang sudah pandai bermain ukalele.

"Sejak dari umur 6 tahun Intan telah bermain muzik dan menyanyi di hadapan orang ramai. Umur 7 tahun Intan mula bertukar bermain gitar sambil menyanyi dan bermula umur 8 tahun Intan sudah menunjuk minat sebagai pemain lead gitar," katanya.

Mohammad menambah, sejak berkecimpung dalam dunia busking, ramai artis Sarawak telah menyumbamg suara ketika mereka membuat persembahan. Artis Semenanjung seperti Ramli Sarip, Acong Sweet Child, pelakon Elfera Loy dan lain-lain turut tidak melepaskan peluang menyumbang suara.

"Datuk Jacky Chan pernah singgah dan melihat mereka membuat persembahan di Tebingan Kuching," tambahnya lagi.

"Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, Datuk Amar Abang Johari, Datuk Seri Fadillah Yusof dan lain-lain pernah menyaksikan mereka membuat persembahan di Kubah Ria," jelasnya.

Intan Buskers ( Satok Buskers) terdiri daripada Intan Ruhida-guitar dan penyanyi 9, Amierul Syidiq bass 19, Putri Naima drum 15 dan Mohammad Bakri guitar rythm.

Kini Intan Buskers bukan sahaja sebagai penghibur jalanan tetapi telah mengembangkan sayap apabila telah dijemput dalam berbagai majlis-majlis tertentu.

Menurut Mohammad yang ditemui wartawan Sarawakiana, semalam adalah kenangan yang begitu manis buat mereka bila diberi peluang mengiringi isteri Ketua Menteri Sarawak Datin Patinggi Dato Jamilah Haji Anu yang menyanyikan sebuah lagu bertajuk 'Senyum Tak Berbalas', dan pada majlis tersebut telah menerima sumbangan derma sebanyak RM150,000.
Intan Ruhida buskers cilik dalam Intan Buskers Intan Ruhida buskers cilik dalam Intan Buskers Reviewed by Admin on November 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.