Seo Services

Pasangan Kembar Genggam Ijazah Bersama

Foto: Azlandy M.A.T

KOTA SAMARAHAN: Konvokesyen UNIMAS Ke-19 memberi makna besar buat pasangan kembar, Pauline Nanie Mula dan Paula Nanie Entia apabila dapat mengenggam Ijazah Sarjana Muda serentak pada waktu sama.

Kembar yang merupakan anak bongsu kepada pasangan Nating ak Juing dan isteri, Winnie ak Kulleh ini antara pelajar bergelar graduan dalam sidang kelima bagi Program Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, Fakulti Sains Sosial.

Berasal dari Miri, pasangan kembar ini, melihat kejayaan mereka adalah hasil berkat doa dari keluarga termasuk kerjasama dan kepercayaan sesama mereka, kawan-kawan dan para pensyarah di UNIMAS.

Bagaimanapun, kata Paula, mengulangkaji pelajaran bersama tidak bermaksud bebas untuk berbuat apa sahaja.

“Kita berdua sering berbincang bersama dan jika ada masalah, kita akan mencari penyelesaian secara aman.

Bagi kami, tiada istilah cemburu atau berkecil hati sebaliknya kami berdua sering memberi sokongan sesama sendiri,” katanya.

Pasangan kembar ini yang juga anak bongsu dari empat adik beradik memegang cita-cita tinggi di mana kakaknya Pauline bercita-cita untuk menjadi Pegawai Daerah manakala Paula mahu menjadi seorang usahawan berjaya satu hari nanti. - UNIMAS


Pasangan Kembar Genggam Ijazah Bersama Pasangan Kembar Genggam Ijazah Bersama Reviewed by uMieySurianie on November 18, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.