Seo Services

Jalan Lingga-Sebuyau Mendapat Respon Positif Ketua Menteri

LINGGA: Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap permohonan untuk membina jalan Lingga ke Sebuyau sepanjang 30km.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri memberitahu beliau telah memohon pembinaan jalan tersebut dan menerangkan sebab-sebab kenapa jalan Lingga ke Sebuyau perlu dibina.

"Jika jalan ini menjadi realiti, bukan sahaja memendekkan masa perjalanan ke Sebuyau, ke Meludam dan ke Kuching, malah dapat meningkatkan sosio ekonomi dan pendapatan penduduk sekitarnya," kata Simoi.

"Saya begitu bersyukur atas kesediaan Ketua Menteri untuk mendengar penjelasan saya dan memberi respon positif dalam projek jalan Lingga ke Sebuyau," tambahnya.

Simoi juga berharap untuk melihat jalan ini dapat dilaksanakan dan sekaligus memberi impak positif kepada keperluan DUN Lingga dan sekitarnya.- Sarawakiana
Jalan Lingga-Sebuyau Mendapat Respon Positif Ketua Menteri Jalan Lingga-Sebuyau Mendapat Respon Positif Ketua Menteri Reviewed by Admin on November 08, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.