Seo Services

“Menghisap Vape Bukan Satu Jenayah Tetapi…” –Wong



KUCHING: “Menghisap Vape memanglah bukan satu jenayah tetapi ia akan menjadi kesalahan sekiranya tidak menghormati orang ramai di sekeliling kita dengan menghembus wap vape sesukati hati tanpa menghiraukan anak-anak atau warga emas” menurut salah seorang penghisap vape yang hanya mahu di kenali sebagai Wong.

Wong, 34, penghisap rokok tembakau tegar sejak tahun 2000, menyatakan pendapat bahawa menghisap rokok lebih banyak memudaratkan kesihatan seperti bau nafas yang kurang menyenang berbanding dengan menghisap vape yang tidak memudarat bau nafas kepada orang yang berhampiran dengan kita.

Kini Wong telah berjaya berhenti menghisap rokok tembakau sekali gus telah berhenti membeli rokok tembakau dan bertukar kepada Vape.

Manakala Hirwan, 33, turut menyuarakan pendapat bahawa menghisap vape bukan sahaja boleh membantu untuk berhenti merokok, tetapi ia kini menjadi trend bagi orang ramai tidak mengira usia dan bangsa mengikut peredaran masa.

“Para menghisap Vape tidak akan dipandang negatif selagi kita tidak menghembus vape sesuka hati berhampiran dengan orang ramai di sekeliling kita, pokok pangkalnya kita peka dengan sensitiviti masyarakat” katanya di temubual oleh wakil Sarawakiana.

Walaupun setakat ini Kementerian Kesihatan masih belum merancang menggubal undang-undang baharu berkaitan tembakau, rokok elektronik atau vape serta shisha, tetapi penghisap vape perlulah menjaga adap ketika menghisap vape. -Sarawakiana
“Menghisap Vape Bukan Satu Jenayah Tetapi…” –Wong “Menghisap Vape Bukan Satu Jenayah Tetapi…” –Wong Reviewed by Unknown on November 08, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Thank you for interviewing me about vaping. Follow me on instagram ikuwara . Vape On!

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.