Seo Services

Jual Haiwan Dilindungi Melalui Khidmat Pos

antara yg diseludup
Kuala Lumpur: Masih ada pemburu haram dan penjual hidupan liar dilindungi menggunakan khidmat kiriman kurier atau pos untuk mengirimkan haiwan liar kepada pembeli.

Haiwan dilindungi antaranya kura-kura dan ular adalah spesies haiwan paling kerap ditemui disumbat di dalam kotak sebelum dikirimkan ke Sabah dan Sarawak selain luar negara.

Taktik itu bagaimanapun berjaya dihidu Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung (Perhilitan) hasil kejayaan mematahkan rangkaian utama pembekal hidupan liar yang dikesan aktif menjalankan aktiviti di internet
.
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Perhilitan Abd. Kadir Abu Hashim berkata, pihaknya sebelum ini kerap membongkar penyeludupan ular sawa ball python dan kura-kura Indian Star yang cuba dihantar menggunakan khidmat pos.

Menurutnya, penjual haiwan ini dikesan menggunakan laman web jual beli antaranya adpost.com.my, alibaba.com dan mudah.my untuk mencari pelanggan selain laman sosial Facebook (FB). -metro
Jual Haiwan Dilindungi Melalui Khidmat Pos Jual Haiwan Dilindungi Melalui Khidmat Pos Reviewed by Unknown on November 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.