Seo Services

Jupe Terima Ijazah Undang-Undang


Jakarta: Walaupun kerjaya sebagai selebriti terkenal sangat sibuk, tetapi ia tidak sesekali melunturkan semangat penyanyi popular Indonesia, Julia Perez menuntut ilmu.

Julia atau lebih dikenali sebagai Jupe membuktikan ilmu itu penting apabila dia antara penerima Ijazah Undang-undang di majlis konvokesyen Universiti Bung Karno, di sini semalam.

Sekeping gambar Jupe, 35, yang lengkap memakai jubah konvokesyen bersama rakannya yang juga selebriti terkenal, Ayu Ting Ting dimuat naik di laman Instagram.

“Tahniah kakak, akhirnya apa yang diimpikan sudah tercapai.

“Selamat hari konvokesyen dan semoga lebih berjaya di masa depan,” kata Ayu di laman Instagram itu.

Gambar itu mendapat sambutan luar biasa daripada peminat Jupe dan Ayu.

Ramai peminat mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada penyanyi lagu Belah Duren berkenaan. - Agensi

Jupe Terima Ijazah Undang-Undang Jupe Terima Ijazah Undang-Undang Reviewed by Unknown on November 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.