Seo Services

Peruntukan 70 juta, Peluang Penduduk Rumah Panjang Bina Rumah Baru

Dasar pembangunan luar Bandar diteruskan lagi oleh kerajaan Malaysia. Banyak peruntukan mencurah ke luar bandar agar dasar pembangunan luar bandar dapat direalisasikan sepenuhnya. Ini termasuk perkembangan ekonomi setiap penduduk luar bandar.

Kaum dayak di Sarawak pun tidak terlepas pandang oleh kerajaan. Pelbagai dasar yang mementingkan penduduk luar bandar diketengahkan dalam Bajet 2016 oleh Prdana Menteri Malaysia tempoh hari. 

Bermacam-macam peruntukan yang menjurus kepada masyarakat luar bandar justeru rancangan merapatkan jurang ekonomi penduduk luar bandar dan bandar dapat dilaksanakan.

Yang menarik sekali apabila kaum dayak/Iban yang menduduki rumah panjang juga menerima faedah daripada pembentangan bajet 2016.

Pertumbuhan isi rumah panjang saban tahun didapati meningkat dan semakin padat. Hasil daripada kepadatan penduduk rumah panjang, kerajaan mempunyai inisiatif yang terbaik bagi keluarga rumah panjang yang tidak mampu membuat rumah. Masalah ini telah menemui jalan penyelesaian terbaik oleh kerajaan.

Peruntukan RM70 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi mereka yang membina rumah di rumah panjang. Mereka akan diberi pinjaman sebanyak RM50,000 dan pinjam tersebut tidak dikenakan faedah. Langkah tersebut amat bersesuaian untuk mereka yang ingin membina rumah panjang dan ia langkah mengurangkan bebanan kos yng ditanggung mereka.

Begitu jelas setiap inci langkah kerajaan lebih mementingkan rakyak secara keseluruhan. Kaum dayak/iban patut mengambil peluang keemasan sebegini dan pada masa sama lupakan dahulu politik yang mengelirukan keadaan. Dapatkan maklumat daripada agensi yang betul ataupun daripada ketua-ketua masyarakat yang berhampiran.

Bersama-samalah merealisasikan dasar pembangunan luar bandar agar masyarakat luar bandar dapat manafaat seperti apa yang penduduk bandar perolehi.
Peruntukan 70 juta, Peluang Penduduk Rumah Panjang Bina Rumah Baru Peruntukan 70 juta, Peluang Penduduk Rumah Panjang Bina Rumah Baru Reviewed by Admin on November 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.