Seo Services

Polis Sarawak Terima 52 Buah Kereta Peronda (MPV) Baharu


FLAG-OFF... Gimik perlepasan kereta peronda MPV Pasukan Polis Kontijen Sarawak.oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Sri Muhammad Sabtu Osman 
KUCHING (19 Nov): Polis Kontijen Sarawak hari ini menerima sebanyak 52 unit kereta peronda (MPV) Proton Inspira 2.0 (A) bagi menggantikan kereta lama yang mengalami kerosakan mahupun yang sedang dibaikpulih.

Pesuruhjaya Polis Sarawak (PJP) Dato Sri Muhammad Sabtu Osman berkata , penerimaan kereta peronda Mobile Police Vehicle (MPV) yang baharu itu akan membolehkan setiap anggota dari unit kereta peronda MPV akan mempertingkatkan perkhidmatan yang sedia ada, kerana dengan adanya kemudahan logistik seperti itu akan memberi manfaat kepada setiap anggota dalam melaksanakan tugas dengan lebih baik dan cekap dalam menjalankan tugas.

Menurut beliau jumlah kereta peronda yang diterima oleh Kontijen Sarawak sebanyak 52 buah ini merupakan fasa pertama dimana pada hari ini acara gimik penyerahan diberikan kepada empat daerah akan menerima iaitu Kuching 18 unit, Padawan 7 unit, Miri 13 unit, Bintulu 12 unit dan 2 unit untuk Astana Negeri.

“Kehadiran kereta peronda baharu ini akan memastikan bahawa anggota dari unit MPV akan bertindak lebih cepat dan pantas terhadap panggilan kecemasan daripada masyarakat yang memerlukan bantuan dan seterusnya menambah baik keyakinan dan seterusnya memulihkan tanggapan negetif masyarakat terhadap masyarakat dengan keupayaan pasukan polis," tambahnya.

Jesteru itu, beliau juga menyeru agar Unit MPV yang berperanan sebagai barisan hadapan ini sentiasa memberi perkhidmatan terbaik dalam mengekalkan imej baik pasukan polis setiap masa.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Spanco Datuk Hamzah Mohd Salleh, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) Dato Mohd Jasmani Yusoff, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak SAC Gan Tian Kee, Ketua-Ketua Polis Daerah dan Pegawai Kanan PDRM.-Sarawakiana
Polis Sarawak Terima 52 Buah Kereta Peronda (MPV) Baharu Polis Sarawak Terima 52 Buah Kereta Peronda (MPV) Baharu Reviewed by Unknown on November 19, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.