Seo Services

Kemenangan BN Amat Penting Untuk Meneruskan Agenda Pembangunan



Kuching : Kemenangan BN pada pilihan raya amat penting untuk meneruskan agenda pembangunan kepada rakyat Sarawak, kata Pengerusi BN Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

"Beri saya lima tahun lagi dan ia bukan kerana saya gila pangkat tetapi tujuan saya untuk membela nasib rakyat di Sarawak melalui pembangunan," ujar beliau dengan harapan rakyat akan terus memberi sokongan dengan memberi mandat kepadanya untuk tempoh lima tahun lagi.

"Saya pernah menjadi menteri di persekutuan, saya pernah menjadi menteri di kabinet negeri dan sekarang menjadi Ketua Menteri tetapi ia bukan soalnya kerana kepentingan di sini adalah untuk saya melaksanakan tugas kepada rakyat," tegasnya.

“Begitu juga politik, UMNO telah bersetuju untuk tidak masuk ke Sarawak kerana kita sudah ada parti yang berasaskan rakyat Sarawak…kita percaya hanya orang Sarawak yang mampu memahami rakyatnya sendiri.

Beliau juga menegaskan bahawa hudud juga tidak akan diamalkan di negeri ini bukan kerana kita tidak menghormati Islam tetapi disebabkan ia tidak realistik di Sarawak memandangkan negeri ini mempunyai pelbagai kaum.

"Ia adalah untuk kesejahteraan dan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negeri ini bagi mengelak berlakunya rasis (perkauman) seperti yang berlaku di Semenanjung Malaysia."

Tambahnya lagi, sejak 20 bulan menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Menteri, 45 keputusan telah dibuatnya dalam tempoh berkenaan. - sarawakiana
Kemenangan BN Amat Penting Untuk Meneruskan Agenda Pembangunan Kemenangan BN Amat Penting Untuk Meneruskan Agenda Pembangunan Reviewed by Unknown on November 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.