KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO mendesak Kementerian Kesihatan (KKM) menghentikan operasi merampas stok cecair vape sekali gus memberi pertimbangan terhadap pengusaha perniagaan berkenaan.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, tindakan merampas cecair berkenaan bukan penyelesaian kepada isu yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini.
"Saya desak KKM menghentikan operasi merampas stok cecair vape ini. Bukan ini caranya selepas Kerajaan putuskan tidak melarang vape di negara ini.
"Caranya ialah dengan membimbing dan mendidik pengusaha serta pengguna vape ke jalan yang betul iaitu dengan panduan mengeluarkan cecair secara dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan dan bukan dengan merampas," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Khamis, KKM sudah memulakan operasi merampas cecair vape yang mengandungi nikotin.
Terdahulu, menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, pihaknya telah diarah untuk mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat menjual cecair bernikotin yang digunakan untuk rokok elektronik atau vape.
Katanya, kementerian mempunyai kuasa untuk merampas produk yang mengandungi nikotin mengikut Akta Racun 1952 (semakan 1989) dan Akta Makanan 1983.
Mengikut Akta, nikotin dikategorikan dalam racun Kumpulan C dan mereka yang mengilangkan, mengedar dan menjual perlu mempunyai lesen.
Dalam pada itu Khairul Azwan menimbulkan pertanyaan pihak mana yang akan membayar semula ganti rugi rampasan kepada pengusaha vape yang terlibat.
"Sudah jelas pengusaha ini sudah berbelanja besar dan membuat pelaburan serta kos yang sudah dihabiskan.
"Siapa akan bayar balik ganti rugi? Kerajaan seharusnya memberi panduan dan membantu kawal selia. Merampas bukan penyelesaiannya," ujarnya.
Pada 29 Oktober lepas, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kabinet telah memutuskan untuk tidak mengharamkan vape.
Ia sekali gus dilihat berita baik kepada pengguna vape, pembuat perisa vape dan penjual vape.
'KKM perlu hentikan operasi rampas cecair vape' - Azwan Bro
Reviewed by Unknown
on
November 07, 2015
Rating:
Penggerakkan Pemuda UMNO berani menahan seorang penjawat awam menjalankkan tugasnya?Menteri menjalankkan tanggung jawabnya berdasarkan akta yang sedia ada.Sekiranya nak selamatkan
ReplyDelete"Vape Industry"akta tersebut hendaklah digubal semula.Bukan nya menahan menteri dari menjalankkan tugasnya.
Terima kasih kpd Naib Pemuda UMNO sdr Khairul Azwan dan Menteri Luar Bandar dan Wilayah DS Ismail Saberi di atas keprihatinan mereka ke atas isu e-cig atau vape.
ReplyDeletePenulis adalah bekas perokok (kira2 hampir 40 tahun sejak 1973) dan berhenti merokok sejak 3 tahun lepas setelah diperkenalkan dgn "e-cigar" melalui internet.Sejak itu vaping bertukar drp smoking.Kini saya berusia lebih 63 tahun.Terima kasih kpd vape.Finally I kicked my bad habit i.e.smoking cigarrettes.
Kalau nak menghalang murid2 sekolah terlibat dgn vape sekalipun janganlah diharam vape.(Merokok dah jelas lebih bahaya - bukan setakat nikotin dan tar tetapi 4000 lebih jenis kimia yg boleh menyebab sakit kanser - kenapa tidak diharam terus dijual?) Kerajaan perlu buat peraturan.Nak dicukai biarlah berpatutan.Kutiplah cukai.
I vote for vape.Vapers pun ada hak.