SIMUNJAN: Selepas kali terakhir diadakan 20 tahun yang lalu, Pesta Simunjan 2015 dan Regatta Batang Sadong yang telah diadakan di Tebingan Batang Sadong kali ini menerima ramai pengunjung dari dalam dan luar daerah Simunjan bermula hari ini.
Bertemakan “Sehati Sejiwa”, seiring dengan tema negara yang menjurus kepada pemupukan semangat kecintaan dan saling menghormati tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.
Menurut pihak penganjur, hashtag “Juh Nyengok Munjan” dicipta untuk meningkatkan penyertaan anak muda dalam program seperti ini.
Antara acara menarik sepanjang pesta ini ialah Regata Batang Sadong, Simunjan Kitchen yang menonjolkan pelbagai masakan penduduk tempatan di Simunjan dan Showcase Usahawan Bumiputera.
Apa yang lebih menarik ialah apabila penduduk tempatan di Simunjan berebut-rebut mengambil peluang berniaga dan mahu menonjolkan produk usahawan dan pembuatan masing-masing sempena Pesta Simunjan.
Selain itu, program ini juga telah memberi peluang kepada masyarakat setempat serta pengunjung luar untuk merasai sambutan “Malaysia The Year Of Festival 2015 (myFest)”.
Pesta Simunjan 2015 dan Regatta Batang Sadong telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nancy Shukri merangkap Ahli Parlimen P200 Batang Sadong pagi tadi.
Turut hadir sama Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd Naroden Majais, Adun Sadong Jaya, Ir Aidel dan Residen Bahagian Samarahan, Abdul Rahman Sebeli bin Sanusi. – Sarawakiana
Pesta Simunjan dan Regatta Batang Sadong Kini Kembali
Reviewed by uMieySurianie
on
November 07, 2015
Rating:
No comments: