Kazan: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memuji penyerang, Jordon Ibe selepas membantu Reds pulang dengan tiga mata menewaskan kelab Russia, Rubin Kazan di tempat lawan pada perlawanan Liga Europa.
Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menang 1-0 awal pagi tadi untuk mencerahkan peluang mara ke peringkat 32 terakhir.
Klopp memberitahu Liverpool Echo: "Jordon seorang pemain berkemahiran dan berbakat besar - pantas, kuat dan bagus menggelecek.
"Dia perlu banyak belajar dan memiliki asas yang baik. Dia ceria. Anda lihat aksinya dalam perlawanan itu (awal pagi tadi)”.
Liverpool kini memburu kemenangan keempat berturut turut dalam semua pertandingan apabila menanti kunjungan Crystal Palace dalam EPL, Ahad ini.
Statistik perlawanan Rubin Kazan-Liverpool
•Rubin Kazan menukar nama rasmi kelab itu kepada FC Rubin bulan lalu.
•Kelab itu hanya tewas sekali di Kazan Arena iaitu stadium akan digunakan untuk Piala Dunia 2018.
•Liverpool adalah kelab Inggeris pertama menang di Kazan selepas tiga kelab England - Wigan, Chelsea dan Tottenham kecundang di gelanggang lawan dengan jurang satu gol.
•Liverpool belum tewas di tempat lawan dalam pentas Eropah dengan menjaringkan gol sejak April 2010 membabitkan 10 perlawanan. - BBC
Klopp Aura Liverpool
Reviewed by Unknown
on
November 06, 2015
Rating:
No comments: