Sydney: David Beckham semalam menghiburkan penduduk kampung di Papua New Guinea (PNG) dengan menyertai satu perlawanan pameran, sebahagian daripada lawatan amalnya ke seluruh dunia.
Bagaimanapun, seorang menteri PNG berkata, sebahagian besar penduduk tidak tahu siapa Beckham
.
Legenda dan bekas kapten England itu tiba di Mout Hagen di wilayah Tanah Tinggi Barat PNG untuk memulakan lawatan ke tujuh negara, mengambil bahagian dalam beberapa siri perlawanan untuk meningkatkan dana dan kesedaran bagi agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran Australia (ABC), Menteri Sukan PNG Justin Tkatchenko berkata, sebahagian penduduk kampung yang bermain bola sepak dengan Beckham tidak mengenali bekas bintang itu.
“Dua pasukan dari dua kampung di Mount Hagen bermain dengannya. Tetapi, ramai dalam kalangan mereka tidak mengenali Beckham dan tidak tahu dia begitu terkenal di dunia.
“Hanya mereka yang mempunyai akses kepada media sosial kenal bekas bintang itu,” kata Tkatchenko.
PNG terpilih sebagai negara pertama dikunjungi Beckham. Tempat lain yang turut berada dalam senarai lawatan Beckham ialah Antartika, Argentina, Djibouti, Nepal dan Amerika Syarikat sebelum perlawanan amal terakhir dilangsungkan di Old Trafford, Manchester, England.
Perlawanan itu akan menyatukan semula Beckham dengan bekas pengurus Manchester United Alex Ferguson yang melatih pasukan Great Britain dan Ireland XI, diketuai oleh Beckham. - Agensi
Tidak Kenal David Beckham
Reviewed by Unknown
on
November 06, 2015
Rating:
No comments: