Seo Services

Nyaris Maut Kerana Seloroh Hari Perkahwinan.


Tengzhou: Hari perkahwinan sepasang pengantin berakhir dengan tragedi apabila pengantin perempuan nyaris maut setelah cedera parah akibat cubaan untuk berseloroh.

Pengantin wanita itu keluar dari kereta setibanya di tempat majlis berlangsung apabila pengiring pengantin lelaki memautnya dan melambungnya untuk meraikan majlis berkenaan.

Perbuatan berseloroh seumpama itu di majlis perkahwinan adalah sebahagian tradisi masyarakat Cina.
Bagaimanapun, dalam kejadian berkenaan, pengantin perempuan itu terjatuh dengan kepalanya terhentak ke tanah apabila pengiring terbabit gagal menangkapnya dengan betul selepas melambungnya.

Majlis itu kemudian dihentikan dan wanita itu dikejarkan ke hospital.

Dia dimasukkan ke jabatan kecemasan, tetapi dilapor semakin pulih.

Bagaimanapun, sumber yang rapat dengan kejadian yang berlaku di Tengzhou, bandar di wilayah Shandong, timur China itu berkata, wanita berkenaan tidak gembira dengan apa yang berlaku kerana dia terlepas peluang meraikan hari perkahwinannya. - Agensi
Nyaris Maut Kerana Seloroh Hari Perkahwinan. Nyaris Maut Kerana Seloroh Hari Perkahwinan. Reviewed by Unknown on November 06, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.