Seo Services

Malaysia Tingkat Kawalan Keselamatan Bagi Sidang Kemuncak ASEAN


Malaysia meningkatkan kawalan keselamatan bagi Sidang Kemuncak ASEAN Ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan yang bermula esok di Kuala Lumpur, susulan serangan pengganas di Paris Jumaat lepas, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri telah mengambil langkah berjaga-jaga tambahan untuk memastikan keselamatan para perwakilan dan kelancaran mesyuarat berkenaan, katanya kepada pemberita hari ini selepas melawat Kem Princess Haliza bagi Program Latihan Khidmat Negara di sini.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama antara pemimpin dunia yang dijadual menghadiri sidang kemuncak berkenaan yang dihoskan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN bagi 2015.

Hishammuddin berkata dua kementerian itu akan mengambil kira apa yang berlaku di bandaraya Perancis itu untuk memastikan semua tetamu selamat.

"Kami perlu berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan kerana serangan pengganas boleh berlaku bila-bila masa tanpa amaran."

Lebih 100 orang terbunuh dan lebih 200 cedera dalam insiden itu yang dikatakan dirancang rapi oleh beberapa lelaki bersenjata di beberapa restoran, sebuah dewan konsert dan sebuah stadium sukan di Paris Jumaat lepas.

Susulan insiden berdarah itu, dikatakan serangan pengganas paling teruk dan paling mengerunkan dalam sejarah negara itu, Presiden Perancis Francois Hollande mengisytiharkan darurat.

Kerajaan Perancis juga mengumumkan tempoh berkabung negara selama tiga hari mulai Ahad.

-- BERNAMA
Malaysia Tingkat Kawalan Keselamatan Bagi Sidang Kemuncak ASEAN Malaysia Tingkat Kawalan Keselamatan Bagi Sidang Kemuncak ASEAN Reviewed by Unknown on November 17, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.