Seo Services

Mayat Tanpa Kepala: Reman Pemandu Lori Disambung 7 Hari


TELUK INTAN – Mahkamah Majistret di sini hari ini melanjutkan tahanan reman terhadap seorang pemandu lori yang disyaki terlibat dalam satu kes bunuh seorang lelaki yang ditemui tanpa kepala di Jalan Kampung Batu 4, Slim River, selama tujuh hari lagi.

Majistret Syahdatul Kamilah Zakaria memerintahkan tahanan reman suspek lelaki berusia 35 tahun itu disambung bermula dari hari ini sehingga 26 Nov, bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki tanpa kepala itu.

Sebelum ini, mahkamah sama memerintahkan suspek ditahan reman selama seminggu yang berakhir hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu, suspek tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap diiringi beberapa anggota polis pada pukul 8.50 pagi dan kemudian keluar meninggalkan mahkamah dua jam kemudian.

Mayat K. Ganesan, 50, beralamat terakhir di 136, Taman Slim Indah, Slim River ditemui dalam keadaan tanpa kepala di dalam longkang kira-kira 2.10 pagi, 13 Nov lepas.

Susulan penemuan mayat itu, polis menahan pemandu lori itu di rumah bapanya di sebuah kampung di Gerik pada hari yang sama.

Sebilah parang panjang kira-kira 0.8 meter dan satu beg silang mengandungi sebilah pisau panjang kira-kira 0.15 meter turut ditemui.

Selain itu, polis menemui satu guni plastik makanan anjing warna merah dan kuning, dan di dalamnya terdapat satu plastik sampah warna hitam mengandungi kepala manusia yang disyaki kepala mangsa. – BERNAMA
Mayat Tanpa Kepala: Reman Pemandu Lori Disambung 7 Hari Mayat Tanpa Kepala: Reman Pemandu Lori Disambung 7 Hari Reviewed by uMieySurianie on November 20, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.