Mendiang Michael Jackson meraih pendapatan £75 juta (RM488 juta) tahun ini yang secara tidak langsung menobatkannya sebagai kalangan selebriti yang sudah mati dengan pendapatan tertinggi.
Sepanjang kariernya selama lebih 30 tahun sebagai penghibur solo, Raja Pop itu memperoleh mendapatan £719 juta (RM4.7 bilion). Bagaimanapun, pendapatannya terbukti lebih lumayan, £653 juta (RM4.25 bilion) sejak 2009.
Pendapatan tahunan terbarunya itu membolehkan dia berada di tangga teratas dalam senarai pendapatan selebriti yang sudah mati, menurut majalah Forbes.
Tempat kedua ialah mendiang Elvis Presley yang memperoleh £36 juta (RM234 juta), pelukis kartun Peanuts Charles Shulz di tempat ketiga dengan £26 juta (RM169 juta) sementara tempat keempat dengan pendapatan £14 juta (RM91 juta) dikuasai oleh Bob Marley.
Elizabeth Taylor menduduki tempat kelima dengan £13 juta (RM85 juta).
Jackson memperoleh pendapatan melebihi £65 juta (RM423 juta) setiap tahun sejak kematiannya pada 2009, bermakna dia bukan saja mengalahkan semua selebriti yang sudah mati, tetapi juga sebahagian pemuzik solo terkenal yang masih hidup.
Ketika mati, Jackson dilapor berhutang £392 juta (RM2.6 bilion) kerana boros dan bayaran faedah pinjaman yang tinggi.
Penyanyi itu ditemui mati di kediamannya di Los Angeles pada 25 Jun 2009, dipercayai selepas diserang sakit jantung akibat mengambil ubat berlebihan. - Murai
Mendiang Michael Jackson Kekal Miliki Pendapatan Tinggi!
Reviewed by uMieySurianie
on
November 03, 2015
Rating:
No comments: