Seo Services

Parlimen: Kerajaan Laksana Inisiatif Tingkatkan Akses Internet Di Sabah, Sarawak - Salleh


KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif bagi merapatkan jurang digital serta meningkatkan akses internet di kawasan yang tiada atau kurang liputan, terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata inisiatif itu diperkenalkan di bawah kerangka Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Universal Service Provision) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Bagi Sarawak, sehingga hari ini kerajaan melalui SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) telah membina 90 Pusat Internet 1Malaysia, 660 WiFi Komuniti yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) dan 203 menara telekomunikasi di bawah inisiatif Time 3.

"Bagi Sabah pula, terdapat sebanyak 96 Pusat Internet 1Malaysia, 856 WiFi Komuniti dan 212 menara telekomunikasi di bawah inisiatif Time 3," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Aaron Ago Dagang (BN-Kanowit), di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Aaron ingin tahu strategi kerajaan bagi mengatasi masalah sambungan internet di kawasan luar bandar Sabah dan Sarawak dan juga status serta kejayaan perlaksanaan Internet Bestari bagi semua sekolah di dua negeri itu.

Selain itu, Salleh berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu membentangkan Bajet 2016 baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan RM1.2 bilion di bawah SKMM untuk menambah baik infrastruktur telekomunikasi negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Mengenai status kejayaan pelaksanaan projek Internet Bestari, Salleh berkata perkara itu di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan yang menerajui program 1Bestari Net di seluruh Malaysia.

-- BERNAMA
Parlimen: Kerajaan Laksana Inisiatif Tingkatkan Akses Internet Di Sabah, Sarawak - Salleh Parlimen: Kerajaan Laksana Inisiatif Tingkatkan Akses Internet Di Sabah, Sarawak - Salleh Reviewed by Unknown on November 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.