Seo Services

Negara Memerlukan SOSMA


KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berkata Malaysia memerlukan Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012 tetapi ia bergantung tentang bagaimana ia ditafsir dan dilaksanakan

Dalam ucapan pertama di khalayak ramai selepas tempoh perkhidmatannya sebagai Peguam Negara berakhir Julai lepas, Abdul Gani berkata akta itu masih diperlukan untuk melindungi negara daripada sebarang ancaman keganasan.

Ketika berucap pada forum bertajuk 'SOSMA - Wolf in Sheeps Clothing', Abdul Gani berkata SOSMA masih digunakan dan harus dipatuhi semua pihak.

Forum anjuran Majlis Peguam itu diadakan di bangunan majlis berkenaan, di sini Selasa malam.

"Keperluan SOSMA terbukti banyak berguna terutama dalam kes Lahad Datu dan siasatan terhadap IS...tidak syak lagi, yang menimbulkan kontroversi sekarang ialah memperluaskan penggunaan akta itu meliputi kesalahan keselamatan lain yang termaktub di bawah jadual baharu akta tersebut," katanya

Abdul Gani berkata beliau tidak dapat bersuara dan mengkritik SOSMA kerana beliau yang menggubal akta berkenaan.

BERNAMA
Negara Memerlukan SOSMA Negara Memerlukan SOSMA Reviewed by Unknown on November 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.