KERANA tidak mahu hartanya diwarisi oleh cucu, seorang wanita berusia 85 tahun di Austria sanggup menyiat dan memotong wang sebanyak AS$ 1.1 Juta miliknya (RM4.7 juta) menjadi perca dan cebisan.
Dia juga dikatakan turut menyiat buku akaun simpanannya sebelum meninggal dunia di pusat penjagaan orang tua.
Bagaimanapun, anggota keluarganya bernasib baik kerana bank pusat Austria berikrar untuk menggantikan AS$ 1.1 Juta yang dimusnahkannya.
Kesemua cebisan wang kertas yang dirosakkan telah ditemui selepas dia mati, kata pendakwa raya Erich Habitzl yang mengesahkan penemuan itu, tetapi dia tidak boleh berbuat apa-apa bagi pihak keluarga wanita itu.
“Wang yang dimusnahkan itu milik wanita berkenaan. Ia bukan perbuatan jenayah. Kerana itu kami tidak boleh memulakan siasatan,” katanya.
Bercakap kepada akhbar tempatan Kurier Daily, Friedrich Hammerschmidt berkata, jika waris wanita itu boleh menunjukkan wang kertas yang sudah disiat-siatkan itu dan sekiranya sumber wang itu terjamin, sudah pasti mereka akan menggantikannya.-MYNEWSHUB.CC
Nenek Siat Duit RM4.7 Juta, Tak Mahu Cucu Warisi Harta
Reviewed by uMieySurianie
on
November 09, 2015
Rating:
No comments: