Seo Services

Pasangan Kebar Siam Ingin Capai Impian Dalam Bidang IT


KUALA LUMPUR : Cita-cita menyambung dalam.pengajian jurusan teknologi maklumat selepas kenduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2015 adalah impian pasangan kembar siam yang berjaya dipisahkan 13 tahun lalu.

Muhammad Rosli, 17 lebih mesra dipanggil Angah menyedari keperluan industri dan berminat mendalami ilmu komputer menyebabkan beliau gemar menceburi jurusan berkenaan.

“Jika ada rezeki dan berjaya dalam SPM, Angah kan meneruskan pengajian dalam jurusan IT kerana Angah memang berminat dalam bidang tersebut," katanya.

“Teknologi IT yang melengkapi setiap sistem memang sesuai dengan dunia sekarang," tambah Angah.

Menurut pasangan kembar Ahmad Rosli juga turut meminati bidang yang sama walaupun hakikatnya beliau juga meminati bidang seni.

"Kami rasa sesuai untuk memohon jurusan IT apabila kami mengambil 9 Subjek peperiksaan yang mempunyai kaitan kelayakan untuk menduduki jurusan IT," kata Ahmad.

Pasangan berkenaan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23 dan menduduki peperiksaan SPM kategori OKU pada tahun ini. - Sarawakiana
Pasangan Kebar Siam Ingin Capai Impian Dalam Bidang IT Pasangan Kebar Siam Ingin Capai Impian Dalam Bidang IT Reviewed by Unknown on November 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.