SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan menasihati ketua masyarakat dan ketua kaum supaya aktif dalam bidang politik
Menurutnya, temenggung, pemanca, penghulu dan tuai rumah boleh aktif dalam bidang politik memandangkan jawatan dipegang sekarang ini lahir daripada aspek politik.
Sehubungan itu, ketua masyarakat dan ketua kaum ini perlu bijak memimpin seterusnya mengumpul penyokong sendiri untuk memajukan penempatan masing-masing.
“Saya menasihati ketua masyarakat dan ketua kaum agar berkecimpung dalam politik Barisan Nasional (BN) demi memudahkan proses pembangunan di kawasan mereka pada masa akan datang,” katanya.
Snowdan berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Sepitson, Rapak, Pantu baru-baru ini.
Pada majlis itu Snowdan turut menyerahkan sijil lantikan ketua kepada 20 tuai rumah di kawasan DUN Balai Ringin sambil disaksikan Penghulu Pelie Jumbu, Penghulu Entika Senan dan 64 tuai rumah di sini.
Katanya ini penting agar tuai rumah dan penduduk rumah panjang itu lebih mengenali wakil rakyat hingga mewujudkan hubungan kerjasama yang erat antara dua pihak.
Pada majlis itu Snowdan turut mengumumkan peruntukan projek kecil luar bandar sebanyak RM50,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Sepitson, Rapak.-UB
Pemimpin Masyarakat Perlu Aktif Dalam Bidang Politik
Reviewed by Unknown
on
November 09, 2015
Rating:
No comments: