Seo Services

Peranti Pintar Selamatkan Pemuda Ini Ketika Serangan Di Paris


SERANGAN pengganas di Perancis baru-baru ini sekurang-kurangnya telah mengorbankan lebih 130 nyawa dan mencederakan 327 lagi orang awam.

Ia adalah serangan terancang dari Puak Militian Negara Islam (ISIS) yang malakukan serangan di lima lokasi sekitar Paris.

Antara lokasi serangan ialah stadium Stade Di France, di mana pada waktu tersebut telah berlangsungnya perlawanan bola sepak di antara Perancis dan Jerman.

Tiga buah bom diletupkan di pintu masuk stadium yang seterusnya mengakibatkan lima kematian.

Bagaimanapun, seorang lelaki yang hanya dikenali dengan nama Sylvester terselamat daripada letupan tersebut apabila telefon pintarnya yang dipegangnya berjaya menyerap serpihan bom yang meletup di kawasan stadium.

Dia yang menggunakan telefon pintar Samsung Galaxy S6 Edge pada ketika itu sedang bercakap ketika serangan dilakukan.

Sekiranya peranti tidak menyerap serpihan yang meletup beliau mungkin akan terbunuh atau sekurang-kurangnya mengalami kecederaan kepala yang kritikal.

Ini bukanlah kejadian pertama sebuah peranti pintar menjadi ‘jaket kalis peluru’ yang menyelamatkan pengguna.

Pada tahun 2010 seorang anggota polis Brazil terselamat selepas Lumia 520 milik beliau menahan peluru yang ditembak seorang perompak yang cuba memasuki rumah ibu beliau.

Setahun selepas itu seorang pengawal keselamatan kelab malam di Atlanta Georgia diselamatkan oleh sebuah HTC Evo 3D yang diletakkan di kocek jaket beliau.

Tanpa telefon pintar ini peluru tersebut mungkin sudah menembusi jantung beliau.-MYNEWSHUB.CC
Peranti Pintar Selamatkan Pemuda Ini Ketika Serangan Di Paris Peranti Pintar Selamatkan Pemuda Ini Ketika Serangan Di Paris Reviewed by Unknown on November 16, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.