Seo Services

Pesawat Kargo Terhempas, 27 Penumpang Dipercayai Terbunuh


JUBA: Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh selepas sebuah pesawat terhempas di kawasan pertanian di Sungai Nil Putih, selatan Sudan di sini pada Rabu.

Polis dilaporkan sedang berusaha membawa keluar mayat mangsa yang terdiri daripada kanak-kanak dan orang dewasa.

"Sebuah pesawat kargo jenis Antonov An-12 buatan Rusia yang dalam perjalanan dari Paloch terhempas kira-kira 800 meter dari landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Juba," lapor sebuah stesen radio Sudan.

Stesen radio itu juga mendakwa seramai 40 penumpang pesawat itu terbunuh.

Pihak berkuasa lapangan terbang pula mendakwa terdapat tiga mangsa terselamat dalam kejadian berkenaan.

Pesawat kargo itu turut membawa penumpang selain muatan dari destinasinya.-mStar
Pesawat Kargo Terhempas, 27 Penumpang Dipercayai Terbunuh Pesawat Kargo Terhempas, 27 Penumpang Dipercayai Terbunuh Reviewed by Unknown on November 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.