Seo Services

Polis Sedang Kumpul Maklumat Cubaan Jatuhkan Kerajaan


KUALA LUMPUR – Polis sedang mengumpul maklumat terperinci mengenai cubaan menjatuhkan kerajaan tanpa melalui proses demokrasi, kata Kementerian Dalam Negeri.

Kementerian itu dalam satu jawapan bertulis kepada Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) yang diedarkan di Dewan Rakyat hari ini, berkata kerajaan sentiasa memandang serius terhadap mana-mana pihak yang berkonspirasi untuk menjatuhkan kerajaan sah yang dipilih rakyat, dengan cara tidak demokratik serta melanggar undang-undang.

“Kerajaan telah mengesan wujudnya aktiviti-aktiviti untuk menjatuhkan kerajaan tanpa melalui proses demokrasi.

“Bagaimanapun, bukti-bukti kewujudan aktiviti-aktiviti tersebut tidak dapat didedahkan atas alasan keselamatan dan pihak polis masih mengumpul maklumat terperinci berkaitan perkara ini,” kata jawapan bertulis itu.

Nasrudin telah meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan bukti dakwaan wujud komplot untuk menjatuhkan kerajaan sehingga mengikis keyakinan pelabur terhadap Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis itu juga menyatakan kerajaan sedar bahawa usaha tidak sah untuk menjatuhkan kerajaan itu akan menjejaskan ekonomi negara.- BERNAMA
Polis Sedang Kumpul Maklumat Cubaan Jatuhkan Kerajaan Polis Sedang Kumpul Maklumat Cubaan Jatuhkan Kerajaan Reviewed by uMieySurianie on November 05, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.