Hermosillo (Mexico) – Seorang wanita secara tidak sengaja menembak mati suaminya ketika bergurau sambil mengacukan pistol ke arah lelaki itu.
Kejadian berlaku ketika Rosa Isela Contreras Leyva, 41, terjaga dari tidur selepas suaminya, Abel Tarango Avitia, 54, yang mabuk pulang dari rumah pada jam 3 pagi (waktu tempatan).
Rosa kemudian memarahi suaminya dan meminta lelaki itu supaya tidak membuat bising.
Bagaimanapun, Avitia mengeluarkan pistolnya dan memberitahu Rosa bahawa dia adalah ketua di rumah itu.
Rosa memberitahu polis, dia tahu suaminya seorang yang berhati-hati dan sentiasa memastikan pistolnya tidak berisi peluru.
Kerana terlalu yakin, dia merampas pistol dari tangan Avitia dan mengacukan ke arah suaminya itu bagi menunjukkan dia tidak takut.
“Saya tidak tahu pistol itu berpeluru dan saya hanya bergurau apabila mengacukan senjata itu ke arah suami saya yang ketakutan.
“Saya berasa lucu melihat suami saya sangat takut dan cuba mengelak dari ditembak,” katanya.
Menurutnya, apabila dia menarik picu pistol itu dia terkejut apabila senjata itu meletup.
Polis berkata, peluru pistol itu menembusi tekak Aviatia menyebabkan dia rebah.
Pasukan perubatan yang tiba mengesahkan mangsa meninggal dunia.
Rosa kini ditahan polis dan media tempatan melaporkan wanita itu kemungkinan berdepan dakwaan membunuh. – Agensi/myMetro Online
Wanita Tertembak Suami Ketika Bergurau.
Reviewed by Unknown
on
November 05, 2015
Rating:
No comments: