Seo Services

Polis Tumpas ‘African Scam’, Tahan 2 Lelaki Nigeria


KUALA LUMPUR – Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan membabitkan warga Afrika (African Scam) dengan penahanan dua lelaki Nigeria di sekitar Subang Jaya, dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Habibi Majinji berkata suspek pertama ditahan pada pukul 7 pagi dan susulan daripada itu polis menahan seorang lagi rakannya di sebuah kondominium di Subang.

“Suspek yang berumur 28 dan 35 tahun itu telah menetap di negara ini lebih enam tahun dan merupakan pelajar kolej swasta di Kuala Lumpur.

“Polis turut merampas empat komputer riba dan tujuh telefon bimbit pelbagai jenama selain wang tunai RM5,000 yang dipercayai sebahagian hasil kegiatan jenayah mereka,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengesan suspek berdasarkan laporan yang diterima daripada seorang lelaki yang didakwa tertipu dalam kes itu baru-baru ini.

“Mangsa yang bekerja sebagai jurutera syarikat minyak mendakwa dia terpedaya dengan seorang wanita yang mendakwa berasal dari United Kingdom yang dikenali sebagai ‘Saltina’ menerusi laman sosial Facebook.

“Mangsa mendakwa suspek kononnya telah menghantar bungkusan mengandungi laptop, Ipad, sut dan kemeja T serta wang tunai berjumlah 200,000 pound yang mana barangan itu telah ditahan kastam,” katanya.

Habibi berkata bagi memperoleh barangan itu, pengadu diminta membayar cukai kastam serta harga barangan muatan lebih sebanyak RM47,730 secara berperingkat melalui akaun bank milik seorang lelaki bernama ‘James’.

“Mangsa kemudian rasa tertipu apabila tiada barangan seperti yang dinyatakan suspek selepas dia menjelaskan bayaran cukai tersebut,” katanya.

Habibi berkata kesemua suspek kini direman sehingga Ahad ini untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.- BERNAMA
Polis Tumpas ‘African Scam’, Tahan 2 Lelaki Nigeria Polis Tumpas ‘African Scam’, Tahan 2 Lelaki Nigeria Reviewed by uMieySurianie on November 06, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Ada lagi ke orang yang bodoh2 senang ditipu?
    Oh mesti la ada.....penyokong2 pkr dan PAN semuanya dah kena tipu dengan keluarga puaka JUBURI dan peminpin2 yg di REJECT PAS

    ReplyDelete

ads 728x90 B
Powered by Blogger.