Seo Services

Presiden PSG Cuba Nafi Akan Beli Cristiano Ronaldo


PRESIDEN Paris Saint-Germain (PSG) Nasser El-Khelaifi cuba menafikan khabar angin bahawa kelab itu akan mendapatkan bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo pada jendela pemindahan pemain pada akhir musim ini.

Pemilik PSG dari Qatar itu merupakan peminat Ronaldo dan telah dikaitkan dengan pembelian pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini.

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai minat PSG terhadap Ronaldo, dia cuba menafikan spekulasi berkenaan.

"Ronaldo masih mempunyai kontrak dengan Real dan kami menghormatinya.

"Segala perbincangan adalah rahsia tetapi pemindahan bukan sekarang," katanya sambil ketawa kecil.

Ronaldo pada minggu ini memberi komen mengenai masa depan dengan berkata dia tidak akan kekal lama di kelab gergasi Sepanyol berkenaan.

Bagaimanapun tidak lama selepas itu, Ronaldo kembali menafikan mengenai perpindahan keluar dari Real.-mStar
Presiden PSG Cuba Nafi Akan Beli Cristiano Ronaldo Presiden PSG Cuba Nafi Akan Beli Cristiano Ronaldo Reviewed by Unknown on November 04, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.