Seo Services

Rompak Kedai Emas Untuk Kahwin


SUZHOU - CHINA. Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun atas tuduhan mencuri barangan kemas yang dianggarkan bernilai 1 juta yuan.

Kes yang berlaku pada awal tahun ini di sebuah kedai barangan kemas di wilayah Sichuan mendapat perhatian media selepas lelaki itu dikatakan melakukan perbuatan itu bagi mendapatkan wang untuk berkahwin.

Lelaki itu mendakwa, bakal ibu mertuanya memintanya membeli rumah serta kereta untuk anak perempuannya sebelum mereka berkahwin.

Dia yang tidak mempunyai duit kemudian bertindak untuk merompak kedai berkenaan bagi memenuhi permintaan wanita itu.

Namun dia berjaya ditahan pihak berkuasa selepas rakaman kamera litar tertutup berjaya merakam perbuatannya itu. - SH
Rompak Kedai Emas Untuk Kahwin Rompak Kedai Emas Untuk Kahwin Reviewed by Unknown on November 03, 2015 Rating: 5

No comments:

ads 728x90 B
Powered by Blogger.